SAITAMA, 5 Nov – Mark Cavendish dari British menghasilkan pecutan lewat untuk memenangi Tour de France’s Saitama Criterium semalam, yang membayangi penunggang pilihan ramai, Chris Froome dalam menyudahkan pecutan.
Pemenang pingat Olimpik itu dan pemenang peringkat Tour de France sebanyak 30 kali itu menewaskan penunggang dari Jepun, Fumiyuki Beppu dan Yusuke Hatanaka untuk memenangi criterium edisi kelima, yang diadakan ke utara Tokyo.
Froome, yang memenangi gelaran Tour de France keempatnya pada tahun ini, tidak memberikan respons ketika Cavendish keluar dari sekumpulan peloton yang juga melibatkan Marcel Kittel dan Greg van Avermaet untuk memenangi perlumbaan 19 pusingan sepanjang laluan tiga kilometer.
“Ia adalah laluan yang mendatar jadi saya menjangka pecutan,” kata Cavendish.
“Saya cuba untuk menjimatkan tenaga saya bagi penamat dan saya bernasib baik melakukannya kerana apabila berlaku pecutan, saya bernasib baik untuk meninggalkan mereka sebelum tamat.”
Froome, yang pada tahun ini menjadi penunggang pertama sejak 1978 memenangi Tour dan Vuelta a Espana dua kali pada tahun yang sama, gagal untuk menamatkan dalam 30 kedudukan teratas tetapi sudah menetapkan pandangannya bagi kemenangan saelanjutnya pada tahun 2018.
“Satu perkara yang pasti, saya akan menyasarkan Tour de France,” kata penunggang dari Britain itu, yang memenangi Shanghai Criterium minggu lalu. – AFP