Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavityfree.bn didik bahaya gula berlebihan

    Oleh Sim Y.H. –

    TEMBURONG 2 SEPT – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah gigi berlubang dan kesan buruk pengambilan gula berlebihan terhadap kesihatan gigi, sekumpulan pelajar pergigian dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), dikenali sebagai Cavityfree.bn, telah melancarkan kempen kesedaran bertajuk Cavity and Sugar di Daerah Temburong baru-baru ini.

    Kempen tersebut diisikan dengan siri ceramah pendidikan kesihatan guru dan aktiviti permainan pergigian yang menyeronokkan untuk murid-murid di Sekolah Rendah Rataie.

    Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada modul pengajian kumpulan pelajar pergigian berkenaan bagi meningkatkan kesedaran mengenai impak gula kepada kesihatan pergigian.

    Kempen itu bermatlamat untuk mendidik orang ramai mengenai masalah gigi berlubang dan mengetengahkan kesan buruk penggunaan gula berlebihan iaitu satu masalah yang sering berlaku di Brunei dengan penerimaan orang ramai mengenai pemakanan tinggi gula.

    Menerusi usaha meningkatkan kesedaran berkenaan, kumpulan pelajar itu berharap untuk mempromosikan pilihan pemakanan yang lebih sihat dan meningkatkan amalan kesihatan mulut.

    Kumpulan pelajar pergigian UBD dan para murid bergambar ramai semasa kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN CAVITYFREE.BN
    Antara aktiviti yang diadakan semasa kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN CAVITYFREE.BN
    Para murid diberikan penerangan semasa kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN CAVITYFREE.BN
    GAMBAR SERAHAN CAVITYFREE.BN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda