CHICAGO, 31 Mac – LeBron James berkata juara NBA, Cleveland Cavaliers berada ‘dalam kedudukan teruk’ selepas tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut, tewas 99-93 semalam di Chicago.
Pasukan Bulls melengkapkan penguasaan 4-0 terhadap Cleveland, meningkatkan peluang mereka untuk mara ke persaingan playoff dan meninggalkan Cavaliers (47-27) di belakang Boston (48-27) di kedudukan teratas Eastern Conference.
“Kami berada dalam kedudukan yang teruk sekarang,” kata James. “Tidak kecewa dengan usaha tersebut. Hanya berada di kedudukan yang teruk. Cuba untuk menyelesaikannya, kami perlu melakukan banyak tugasan dan kami tidak memiliki masa yang banyak.”
Pasukan Bulls (36-39) bergerak dengan satu perlawanan dari Miami dan Indiana bagi dua kedudukan playoff dalam Eastern Conference dengan berbaki tujuh perlawanan dalam tempoh dua minggu.
“Kami memerlukan mereka semua,” kata bintang Chicago, Jimmy Butler. “Ia apa yang kami bincangkan. Kami pserlu memiliki ini.”

Nikola Mirotic, warga Sepanyol kelahiran Montenegro, menjaringkan 28 mata dan mendapatkan 10 ‘rebound’ bagi Chicago.
“Saya hanya mahu menamatkan musim ini dengan hebat dan membantu kami berada dalam playoff,” kata Mirotic.
Butler menambah 25 mata bagi pasukan Bulls, yang menggunakan usaha defensif untuk menamatkan suku ketiga dengan 11-3.
“Kami kembali dalam perubahan,” kata Butler. “Ia selalu membantu kami untuk membuat jaringan tetapi kami bertahan. Ia adalah bagaimana kami beraksi. Kami perlu bergantung ke atas pertahanan.”
James menerajui Cleveland dengan 26 mata, 10 ‘rebound’ dan lapan asis sementara Kyrie Irving menambah 20 mata bagi pasukan Cavaliers, yang beraksi tanpa pemain penyerang Kyle Korver dan Richard Jefferson kerana mengalami kecederaan lutut kiri. – AFP