Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavs mahu lepaskan Korver – Laporan

    LOS ANGELES, 29 Nov – Pemain veteran Kyle Korver dilaporkan dalam laluan kembali ke Utah Jazz selepas dipindahkan dari Cleveland Cavaliers, menurut laporan dari media AS semalam.

    Korver, yang telah membantu Cavaliers untuk mara ke dua Final NBA terakhir, telah ditukar dengan Alec Burks dan dua pilihan draf pusingan kedua di masa depan, menurut laporan dari The Salt Lake Tribune, Akron Beacon Journal dan beberapa sumber lain.

    Korver, 37, tiba di Cleveland pada Januari 2017 dalam satu pertukaran dari Atlanta Hawks dan menandatangani kontrak beberapa tahun dengan Cavs pada bulan Julai tahun itu.

    Dia dilaporkan dijanjikan bahawa dia akan ditukar jika bintang LeBron James memilih untuk meninggalkan Cleveland sebagai ejen bebas.

    Dan James telah berpindah ke Los Angeles Lakers pada bulan Julai. Masalah selepas perpindahan James mula timbul di awal musim sehingga jurulatih Tyronn Lue dipecat selepas kedudukan 0-6. Mereka juga dibelenggu dengan kecederaan kaki ke atas pemain lima kali All-Star, Kevin Love, sehingga memerlukan pembedahan.

    Korver, yang berada di ranking keempat dalam senarai sepanjang zaman NBA bagi mata three-pointer, 2,238, telah bermain 16 perlawanan untuk Cleveland musim ini, dengan purata 6.8 mata.

    Kemampuannya dalam three-pointer dijangka memberikan rangsangan pada Jazz apabila dia kembali ke sana buat kali kedua. Dia pernah bermain di sana pada Disember 2007 hingga musim 2009-2010. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda