LOS ANGELES, 2 Nov – Pasukan Cleveland Cavaliers bergelut untuk bersatu dan usaha berterusan bagi perlawanan penuh apabila mengalami kekalahan keempat dalam persaingan NBA semalam, tewas 124-107 kepada pasukan pelawat, Indiana.
Setiap pemain Pacers mencatatkan dua digit, dengan Thaddeus Young menjaringkan 26 mata, Darren Collison menambah 25 dan Victor Oladipo menghasilkan 23 ketika Cleveland (3-5) mengalami kekalahan kelima dalam enam perlawanan.
“Perlawanan lain, kami dimain-mainkan,” kata jurulatih Cavaliers, Tyronn Lue. “Malam ini, saya rasa kami melakukan beberapa perkara bagus. Kami hanya tidak dapat mengekalkannya. Tetapi perlawanan lain kami hanya berada dalam kedudukan mendatar. Jadi adanya peningkatan.”
Pacers tewas sembilan pertemuan berturut-turut menentang Cavs sejak Mac 2014, empat bulan sebelum LeBron James kembali dari Miami ke pasukan Cavs.
“Kami hanya memiliki peluang untuk berada di kedudukan yang bagus dan kemudian anda melihat beberapa kedudukan yang kami ada dan ia sukar bagi pasukan kami sekarang,” kata James.
“Kami hanya cuba untuk menyelesaikannya dan malangnya kami tidak mempunyai masa untuk banyak berlatih dan melakukan perkara tersebut.”
James membawa Cleveland dengan mencatatkan 33 mata dan 11 asis tetapi komited dengan lapan ‘turnover’ tertinggi dalam perlawanan itu, sementara Derrick Rose menambah 19 mata.
“Kami tidak dapat mengekalkan usaha selama 48 minit,” kata James. “Mereka menjaringkan beberapa mata pada akhir perlawanan yang sukar dikawal.”
Pemain tengah Cavs, Tristan Thompson terlepas separuh masa kedua dengan kecederaan kaki kiri.
“Sekarang Tristan cedera lagi jadi kami tidak tahu berapa lama dia tidak akan beraksi,” kata James. “Pasukan kami juga kelihatannya berkurangan, di dalam dan di luar gelanggang.”
Dengan perkadaran usia 30, Cavaliers memiliki pasukan tertua NBA. – AFP