Friday, November 29, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cawangan baharu Ashley Furniture kini dibuka

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Ashley Furniture HomeStore di Sungai Tilong telah meraikan majlis pembukaan rasmi dan pemotongan reben bagi cawangan konsep terbaharunya, Cawangan Ashley Outlet Store, yang terletak di Bangunan Ben Kassim & Haji Zaliha, Kampung Sungai Tilong, hari ini.

    Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Mustafa bin Haji Murat.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah wakil Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) Brunei, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BNAB), para jemputan khas serta pelanggan-pelanggan.

    Dalam ucapan pembukaannya, Pengarah Urusan, Geraldine How berkata bahawa cawangan terbaharu itu menumpukan kepada segmen pasaran Brunei yang berlainan.

    Beliau menerangkan bahawa mereka ingin untuk membezakan antara Homestore dan Outlet yang membolehkan mereka untuk menyediakan keperluan asas dan perabot yang diperlukan dalam rumah dengan menawarkan harga rendah serta nilai yang hebat setiap hari.

    Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Mustafa, Jason Son, Geraldine How, Son Khai Shenn, Mohd Akip dan Nur Syahrina semasa memotong reben pada majlis perasmian tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Antara pengunjung yang menyaksikan lebih dekat pelbagai perabot yang ditawarkan di cawangan tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Majlis diteruskan dengan perasmian cawangan yang menyaksikan upacara memotong reben yang dikendalikan bersama oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Mustafa, dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah Jackhan Sdn Bhd Mohd Akip bin Haji Abdullah Jason Son, Geraldine How, Son Khai Shenn dan Nur Syahrina.

    Majlis juga menyaksikan penyampaian sumbangan derma kepada Persatuan KACA Brunei dan BNAB sebelum para jemputan dialu-alukan untuk menyaksikan dengan lebih dekat perabot dan kemudahan yang terdapat di cawangan berkenaan.

    Cawangan baharu itu dimiliki dan dikendalikan oleh Jackhan Sdn Bhd yang memiliki sebuah Ashley Furniture HomeStore dan sebuah Ashley Furniture Flagship Store di kawasan berdekatan.

    Cawangan Sungai Tilong Outlet merupakan International Ashley Store Outlet pertama dan cawangan itu mempunyai seramai enam orang kakitangan.

    Cawangan berkenaan meliputi ruang kedai bagi kategori perabot yang berbeza dengan tawaran hebat. Ia mengetengahkan produk-produk seperti perabot ruang tamu, ruang makan, ruang tidur, pejabat rumah dan banyak lagi.

    Konsep cawangan berkenaan menumpukan kepada kemudahan pelanggan dengan menyediakan perabot berkualiti tinggi dan selesa pada nilai yang hebat. Bagi masa yang terhad diskaun dan tawaran hebat disediakan hingga hujung minggu ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda