Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Guardian Brunei terus melebarkan sayapnya dengan membuka satu lagi cawangan baharu di Pusat Sunway yang merupakan cawangan ke-29 Guardian Brunei, dalam usaha memberikan keselesaan kepada masyarakat di negara ini untuk mendapatkan produk kesihatan dan kecantikan.
Sementara itu, pada majlis perasmian cawangan baharu hari ini, Ketua Guardian Brunei, Jennifer Yang dalam ucapannya antara lain mengongsikan pelancaran cawangan baharu itu merupakan salah satu usaha dan perjalanan berharga Guardian dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.
“Komitmen Guardian Brunei kepada para pelanggan dan usaha serta dedikasi yang luar biasa telah menampilkan kedai terbaharu dan terbesar di Brunei, dan ini adalah hasrat Guardian Brunei untuk meraikan budaya masyarakat di negara ini,” jelasnya.
Katanya lagi, “Sempena pembukaan Guardian Pusat Sunway hari ini, diskaun eksklusif sehingga 60 peratus daripada barangan terpilih, dan lokasi baharu ini akan menjadi mercu tanda kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan untuk semua.”
Pada majlis pembukaan itu, turut menyaksikan kanak-kanak YASKA diceriakan dengan penyampaian beg cenderahati yang disampaikan oleh Jennifer Yang, manakala tetamu yang hadir turut dijamu dengan pelbagai hidangan ringan dalam Rumah Terbuka Hari Raya Guardian.
Pembukaan kedai ke-29 Guardian ini bukan sahaja menandakan perkembangan Guardian, tetapi pengesahan semula komitmen terhadap komuniti, inovasi dan pertumbuhan di mana Guardian turut berharap akan tetap berdedikasi untuk memperkayakan kehidupan yang melebihi jangkaan.
Tetamu yang hadir pada majlis pembukaan Guardian Pusat Sunway itu berpeluang melihat lebih dekat lagi sekitar kedai dan mengambil peluang mendapatkan barangan dengan tawaran yang menarik.



