Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 April – The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), hari ini, telah mengadakan Pertandingan Barista Brunei Darussalam tahun 2017 bagi mencari wakil negara dalam pertandingan peringkat Asia Pasifik.
Pertandingan yang berlangsung di Kompleks Membeli-Belah Times Square itu menyaksikan lima orang finalis yang terdiri daripada kalangan kakitangan CBTL di seluruh Brunei Darussalam menunjukkan kemahiran masing-masing.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Pengurusan PAR Food & Beverages, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im bin Pengiran Anak Haji Tahiruddin. Turut hadir ialah Pengurus Besar Pengurusan Hartanah Times Square, Dayang Amal Majidah binti Suhaili.

Pertandingan berkenaan dihakimi oleh iaitu Lim Yee Liang, Michelle Lo, Yasmin Abdullah dan Zul Majdi Razak bagi bahagian deria serta Dondy Sutresna dan Ridhwan Abdullah bagi bahagian teknikal.
Barista Brunei Darussalam pada tahun ini telah dijuarai oleh Penolong Pengurus Cawangan CBTL BSP HQ, Dayang Ayu Siti Mauweyah binti Mohd Tahir, manakala tempat kedua dimenangi oleh Barista CBTL BSP HQ, Dayang Nur Afiqah Farhanah binti Mohd Rosli.
Sementara itu, Dayang Nur Faiqah Fareesya binti Zainuddin Dayang Safarinah binti Haji Mashod dan Dayang Ida Faizah binti Haji Ibrahim masing-masing memenangi di tempat ketiga, keempat dan kelima.