Monday, February 24, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    CBTL edar 500 minuman percuma sempena HK-41

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Syarikat The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) Mayapuri, Bandar Seri Begawan telah sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-41 seawal jam 5.30 pagi kelmarin dengan memberikan sebanyak 500 cawan kopi dan teh ais kepada orang ramai secara percuma.

    Aktiviti kebajikan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat atau CSR daripada CBTL.

    Semasa sambutan berkenaan CBTL memberikan,l diskaun khas selama satu hari sebanyak 23 peratus ke atas makanan dan minuman untuk dinikmati oleh orang ramai di semua cawangan, kiosk, dan trak makanan yang turut menyajikan Surprise Happiness Cup yang baru dilancarkan.

    Sajian terbaharu berkenaan mengandungi plushie ice blended kecil yang tersedia dalam tiga warna berbeza iaitu putih, ungu, dan hitam serta cawan edisi terhad yang direka khas. Selain itu, reka bentuk java jacket khas juga diberikan kepada pelanggan sempena Hari Kebangsaan ke-41, yang memaparkan monumen-monumen Brunei di seluruh negara.

    Antara pelanggan yang menerima minuma percuma berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda