BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Coffee Bean & Tea Leaf meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan Kek Mango Mousse (gambar bawah) dan diskaun istimewa di cawangan-cawangannya di Brunei LNG, Ibu Pejabat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd dan Kementerian Kewangan pada hari ini dan diteruskan pada 25 Februari.
Mango Mousse adalah kek premium yang diinspirasikan daripada warna bendera kebangsaan Brunei dan boleh didapati di kesemua cawangannya.
Di samping itu, CBTL juga telah menawarkan makanan ringan untuk suka-relawan dan delegasi Hari Kebangsaan, hari ini.