Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser

    SUBANG JAYA, 15 JAN – Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.

    Pengasas dan Pengerusi CCAM, Lavaniyah Ganapathy, berkata persatuan itu telah menetapkan sasaran kutipan dana sebanyak RM1.8 juta, bertujuan menyediakan rawatan penting, termasuk kemungkinan penjagaan khas di luar negara untuk kanak-kanak itu, yang kini menerima rawatan di pelbagai institusi kesihatan sekitar Lembah Klang.

    “Malaysia merekodkan kira-kira 800 kes baharu kanser kanak-kanak setiap tahun.

    Walaupun kadar kelangsungan hidup kanser kanak-kanak di peringkat global adalah 95 peratus dengan rawatan yang tepat pada masanya, hanya 65 peratus kanak-kanak yang menghidap kanser di Malaysia yang bertahan.

    “Baki 35 peratus meninggal dunia akibat penyakit ini tanpa keperluan disebabkan kurang kesedaran dan halangan kewangan.

    “Pada tahun 2023 sahaja, lebih daripada 220 kanak-kanak di Malaysia kehilangan nyawa akibat kanser walaupun mempunyai peluang tinggi untuk pulih.

    “Setiap hari yang berlalu adalah seperti perlumbaan melawan masa,” katanya pada sidang media, hari ini.

    Beliau berkata ramai keluarga di Malaysia sedang menghadapi kebankrapan perubatan kerana rawatan kanser terlalu mahal, yang bukan sahaja menjejaskan keluarga berpendapatan rendah tetapi juga mereka daripada kalangan isi rumah berpendapatan sederhana. – Bernama

    Lavaniyah merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda