Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    CCC Belait rai ulang tahun ke-65

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 19 JUN – Sempena meraikan pencapaian bersejarah, Dewan Perniagaan Cina (CCC) Daerah Belait telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-65 di Grand Ballroom, Hotel V-Plaza, Kuala Belait pada malam kelmarin.

    Hadir pada majlis tersebut ialah presiden dewan perniagaan tersebut, Loo Soon Nin. Turut hadir ialah Pengurus Besar Bank of China (BOC), Dr Li Feng; Presiden CCC Bandar Seri Begawan (BSB), Malcolm Lim serta ahli-ahli CCC Daerah Belait dan Bandar Seri Begawan.

    Dalam ucapan alu-aluan, Loo Soon Nin berkata, “Sejarah Dewan Perniagaan Cina Daerah Belait dalam membangunkan perniagaan telah bermula sejak penubuhannya pada 28 April 1957.

    “Enam puluh lima tahun kemudian, kami masih berusaha untuk meneruskan sokongan dan pembangunan perniagaan tempatan di sini di Daerah Belait dan kami berharap dapat melakukannya secara berterusan pada masa depan.”

    Sementara itu, Naib Presiden CCC Daerah Belait, Raymond Hong juga menyampaikan ucapan tahniah daripada Duta Besar China ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong.

    Loo Soon Nin bersama tetamu lain memotong kek sempena ulang tahun ke-65 Dewan Perniagaan Cina Daerah Belait yang berlangsung di Grand Ballroom, Hotel V-Plaza, Kuala Belait, baru-baru ini.
    Nyau Mee Liang menyampaikan biasiswa kepada salah seorang pelajar pada majlis berkenaan.

    “China dan Brunei mempunyai sejarah mendalam, dan pada tahun lalu kami meraikan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik di antara Republik Rakyat China dan Brunei.

    Puan Yang Terutama juga menekankan meskipun perniagaan telah terkesan akibat pandemik COVID global pada tahun lalu, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan untuk membantu menyokong ekonomi China dan Brunei.

    “Kami akan terus bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Cina untuk memastikan perniagaan berkembang lebih maju.”

    Majlis diteruskan dengan acara memotong kek dan penyampaian biasiswa kepada 16 pelajar daripada peringkat tadika sehingga A-Level.

    Ketua Bahagian Kebudayaan dan Pendidikan CCC Daerah Belait, Nyau Mee Liang berkata biasiswa yang ditawarkan akan membantu pelajar cemerlang dalam komuniti itu.

    Selain biasiswa, beberapa sumbangan juga disampaikan kepada wakil daripada sekolah Cina di Daerah Belait bertujuan membantu pelajar yang memerlukan. Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan termasuk Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait, Sekolah Menengah Chung Ching Seria, Sekolah Chung Lian Sungai Liang dan Sekolah Chung Hua Labi.

    Di samping itu, beberapa persembahan dan cabutan bertuah juga telah diadakan untuk memeriahkan majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...