Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    CCC Belait rai ulang tahun ke-67

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 29 APRIL – Dewan Perniagaan Cina di Daerah Belait (CCC Belait) telah meraikan ulang tahunnya yang ke-67 dengan majlis yang berlangsung di Grand Ballroom, Hotel V-Plaza, malam tadi.

    Sambutan itu dihadiri lebih 200 orang tetamu terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa CCC Bandar Seri Begawan yang diketuai presiden mereka, Lim Han Chiong serta para penyokong, rakan-rakan dan keluarga.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden CCC Belait, Loo Soon Nin berkata, sementara mereka meraikan ulang tahun ke-67, mereka menandakan 67 tahun dedikasi dan kerja keras yang dilakukan oleh kepimpinan serta presiden dan jawatankuasa terdahulu.

    “Saya berharap persatuan kita dapat terus menyumbang kepada pemilik perniagaan dan masyarakat di daerah ini,” tambahnya.

    Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek bagi memperingati ulang tahun berkenaan.

    Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah perkhidmatan lama kepada ahli-ahli serta dana biasiswa kepada sekolah Cina di daerah berkenaan yang merangkumi Sekolah Chung Hwa, Labi; Sekolah Chung Lian, Sungai Liang; Sekolah Menengah Chung Ching, Seria; dan Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait.

    Majlis juga diselang-selikan dengan persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.

    Para tetamu semasa acara memotong kek ulang tahun pada majlis yang diadakan di Grand Ballroom Hotel V-Plaza, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Loo Soon Nin menyampaikan anugerah perkhidmatan lama kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda