Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    CCC Belait sambut ulang tahun ke-66

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 APRIL – Dewan Perniagaan Cina (CCC) Daerah Belait baru-baru ini telah meraikan ulang tahunnya yang ke-66 dengan majlis sambutan di Hotel V-Plaza, Kuala Belait.

    Presiden CCC Belait, Loo Soon Nin dalam ucapannya berkata, “Selaras dengan aliran semasa, saya berharap ahli dan organisasi kami akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan kemakmuran perniagaan di daerah ini.”

    Ditubuhkan pada April 1957, tambah beliau, CCB Belait telah berkembang dalam sekelip mata ketika mereka memperingati 66 tahun sejarah organisasi.

    Pengerusi majlis sambutan, Mek Cheau Hin dalam ucapannya turut menekankan betapa ramai hadirin merupakan ahli perniagaan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan berterusan pertubuhan itu dalam menyokong perniagaan di Daerah Belait.

    Selepas ucapan, sambutan diteruskan dengan upacara memotong kek yang disusuli dengan jamuan yang dihidangkan sepanjang malam.

    Bagi memperingati majlis itu, presiden CCC Belait juga menyerahkan anugerah perkhidmatan lama kepada tiga orang ahli, termasuk Nyau Mee Liang yang telah berkhidmat selama 10 tahun, manakala Tok Kia Gee dan Tan Yong Kui telah berkhidmat selama 20 tahun dalam organisasi itu.

    Selain itu, beliau turut menyampaikan bantuan biasiswa kepada empat buah sekolah dari Daerah Belait yang diterima wakil masing-masing dari Sekolah Chung Hwa Labi, Sekolah Chung Lian Sungai Liang, Sekolah Menengah Chung Ching, Seria, dan Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait.

    Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan pada malam itu termasuk persembahan nyanyian, serta cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi suasana kemeriahan majlis.

    Upacara memotong kek pada majlis meraikan ulang tahun ke-66 CCC Belait.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda