Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    CCMS rai 72 pelajar tadika

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 21 NOV – Seramai 72 pelajar tadika dari Sekolah Menengah Chung Ching (CCMS), Seria, berjaya melangkah ke arah pencapaian akademik pertama mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam majlis graduasi yang diadakan baru-baru ini di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah, Chai Youk Fatt; Naib Pengerusi Pertama, Chua Teng Siong; Naib Pengerusi Kedua, Yap Kong Fah, ahli-ahli lembaga pe-ngarah sekolah serta guru-guru, pelajar, ibu bapa dan penjaga, turut hadir untuk meraikan hari bersejarah tersebut.

    Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Bahagian Tadika, Foo Yong Lee menjelaskan bahawa kelas tadika ke-74 dari Tadika Chung Ching akan bersedia untuk memulakan perjalanan menarik mereka ke sekolah rendah.

    “Dalam tiga tahun singkat di tadika, kanak-kanak telah berkembang daripada pelajar baharu yang pemalu menjadi pelajar muda yang bijak dan berkelakuan baik. Kehadiran awda yang meriah dan menawan di tadika akan kekal dalam ingatan guru-guru awda. Semasa awda melangkah ke sekolah rendah, kami menggalakkan awda untuk terus menghormati guru awda, bekerjasama dengan rakan sekelas dan berusaha untuk menjadi pelajar yang seimbang, sihat dan berdedikasi,” ujarnya.

    Foo Ven Hwa turut mengucapkan tahniah kepada pelajar tadika yang menamatkan pengajian atas pencapaian akademik yang sangat bermakna.

    Beliau juga menambah bahawa CCMS Seria komited untuk memupuk kualiti pelajar yang menyeluruh, memastikan keselamatan persekitaran kampus, dan meningkatkan tahap profesional guru.

    Selepas ucapan, majlis diteruskan dengan tayangan video ringkas yang memaparkan pelbagai program selepas tamat persekolahan yang disertai pelajar tadika.

    Chai Youk Fatt, Chua Teng Siong dan Yap Kong Fah bergambar ramai bersama guru-guru serta pelajar-pelajar tadika yang diraikan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN CCMS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...