Ceccon catat rekod dunia acara kuak lentang

BUDAPEST, HUNGARY, 21 JUN – Perenang dari Itali, Thomas Ceccon mencatat rekod dunia dalam acara kuak lentang lelaki 100m di Kejohanan Renang Dunia.

Ceccon berjaya mencatat rekod 51.6 saat (s) dalam kejohanan renang kelmarin di Budapest untuk mengatasi masa 0.15s yang dicatat oleh perenang Amerika Syarikat, Ryan Murphy semasa Olimpik 2016.

Perenang dari Itali itu adalah perenang kedua yang memecah rekod dunia dalam acara renang selepas Giorgio Lambert. Lambert memegang rekod terpantas dalam acara gaya bebas lelaki 200m pada tahun 1989 hingga 1999.

Kejayaan tersebut menjadikan Ceccon perenang termuda yang berjaya meraih pingat emas pada usia 21 tahun dalam acara kuak lentang lelaki 100m di peringkat dunia sejak perenang dari Amerika Syarikat berusia 19 tahun, Aaron Pierson pada tahun 2003. – AP