Pelakon Alia Bhatt mengalami kecederaan kaki ketika menjalani penggambaran filem Kalank. Difahamkan itu adalah insiden kedua di lokasi penggambaran selepas kali terakhir aktres berusia 25 tahun itu cedera tiga bulan lalu.
Terdahulu Alia mengalami luka di bahu ketika menjalani peggambaran filem terbitan Karan Johar di Bulgaria.
“Alia berada dalam keadaan baik. Kecederaan yang dialami tidak menjejaskan jadual penggambarannya,” kata wakil syarikat produksi filem terbabit.
