Tuesday, October 22, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cef Faridah, Hajah Rohaya terima pengiktirafan Usahawan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Mengubah struktur perniagaan mengikut cita rasa terkini telah membawa kegembiraan buat Cef Faridah Taufik atau lebih mesra dengan sapaan Cef Miraputra apabila diumumkan menjadi penerima Anugerah Usahawan Start-up Terbaik di Anugerah Khas ASEAN, baru-baru ini di Laos.

    Beliau ketika ditemui telah berkongsi perasaan terharu dan tidak menyangka atas pencalonan sekali gus penerima anugerah berkenaan.

    Dengan anugerah yang diterima itu, beliau telah bertekad untuk terus melangkah ke hadapan dan bergiat lebih gigih sekali gus mencapai cita-cita yang diimpikan dan dalam masa yang sama usaha dan pencapaian yang di peroleh itu akan dapat menjadi contoh kepada wanita lain di luar sana.

    Bagi Cef Faridah, beliau sentiasa bersemangat dalam menjalankan perniagaannya dengan hanya beberapa orang yang membantunya, daripada menjalankan perniagaan makanan hinggalah ke kelas memasak.

    Semangat beliau tidak hanya terhad di dalam dapur, malah beliau juga sering dijemput untuk menyampaikan ceramah dan menerima jemputan sebagai tetamu pada sesi temu bual oleh penyiar kebangsaan.

    Manakala temu bual dengan Hajah Rohaya yang juga penerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik ASEAN, telah melahirkan perasaan terharu apabila Majlis Perniagaan Wanita (WBC) atas kepercayaan sekali gus mencalonkan untuk anugerah itu.

    Selain menjelaskan, anugerah yang diterima tersebut adalah sebagai penyuntik semangat dan mendorong untuk terus berusaha memantapkan diri sekali gus akan dapat menjadi idola kepada wanita-wanita di negara ini terutama kepada ibu-ibu tunggal, belia, wanita dari keluarga yang kurang berkemampuan, agar tidak bergantung harap kepada bantuan kerajaan semata-mata.

     “Dengan anugerah ini, saya akan lebih berusaha untuk meningkatkan produktiviti serta memperluaskan lagi perniagaan hingga ke pasaran luar Asia,” jelasnya.

    Cef Faridah dan Hajah Rohaya masing-masing telah menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik dan Start-up Terbaik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda