Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cef Jepun bersedih atas kematian Bocuse

    JEPUN – Apabila salah seorang tukang masak Jepun, Kazunori Nakatani bercakap mengenai mentornya, Paul Bocuse, legenda cef dari Perancis yang telah meninggal dunia baru-baru ini, dia berkata, “Bagi kami dia seperti dewa.”

    Paul Bocuse dirujuk sebagai seorang tukang masak Perancis yang sangat terkenal di negara itu dan telah berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa khususnya dalam revolusi tukang masak itu melalui hidangan ‘Nouvelle Cuisine’ pada tahun 1970-an. Namun cef itu itu mempunyai legasi istimewa di Jepun, di mana kebanyakan tukang masak tempatan di negara itu telah dilatih di Institusi Paul Bocuse berdekatan dengan Lyon.

    “Dia seperti dewa, tidak hanya menyinari dunia dan juga dalam masakan Perancis tetapi seluruh masakan di dunia ini,” kata Nakatani, cef eksekutif bagi jenama Paul Bocuse di Jepun. “Menghasilkan produk yang baik, rasa terbaik, masakan yang cemerlang, itulah hidangan yang menakjubkan,” tambah Nakatani lagi yang telah bertukar kepada hidangan Perancis untuk mengikut jejak langkah zaman kegemilangan cef legenda itu.

    “Inilah kata-kata yang tetap akan tinggal dalam diri saya,” Nakatani baru-baru ini telah berlayar ke Perancis dan bersama dengan 1,500 cef dari seluruh dunia untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Bocuse yang berlangsung di Lyon, Perancis.

    Sangat sedih

    Cef dari Perancis itu pertama kali melawat Jepun beberapa dekad yang lalu dan telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan cef tempatan, Hiroyuki Hiramatsu, yang bertanggungjawab menguruskan enam hidangan ‘Brasseries’ Bocuse dan juga dua restoran di Jepun.

    Paul Bocuse, legenda cef dari Perancis yang telah meninggal dunia baru-baru ini. – AFP

    Restoran pertama dibuka pada tahun 2007 dan dinamakan sebagai ‘The Brasseries Paul Bocuse Le Musee’, yang terletak di dalam bangunan Pusat Kebangsaan Seni Tokyo, di mana restoran ini dikelilingi dengan suasana dramatik iaitu ‘kon konkrit songsang’ yang mendominasi pusat berkenaan.

    Para pengunjung akan menuruni tangga yang dibina di tengah-tengah pusat itu melalui kon konkrit tersebut di mana para cef akan memasak dengan tenang dan lemah lembut, penuh dedikasi menyediakan hidangan istimewa masakan Perancis, Bocuse.

    Selain itu, dapur restoran ini juga menyamai sebuah dekorasi kapal angkasa apabila segala kelengkapan memasak diletakkan hampir di kesemua ruang dan para cef sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    Salah satu hidangan, potongan daging itik yang lembut dihidangkan dengan hiasan jeruk timun mini dan plum disertakan lagi dengan beberapa bahagian daging ayam.

    Kemudian, garam kasar ditabur atas hidangan tersebut, ramai penggemarnya dari ribuan kilometer jauhnya datang ke Lyon di mana Bocuse tinggal dan bekerja. Jun Ueda yang berusia 42 tahun telah bekerja di Basserie sejak ia dibuka dan agak sukar untuk mempercayai bahawa tokoh itu kini telah tiada.

    “Sangat sedih, saya telah kehilangan seorang ayah ketika berusia 17 tahun dan di sini saya beritahu anda, kejutan berita itu lebih dahsyat. Bocuse memberikan saya sumber inspirasi untuk memasak masakan Perancis,” kata Jun Ueda kepada media.

    Cef itu itu mempunyai legasi istimewa di Jepun, di mana kebanyakan tukang masak tempatan di negara itu telah dilatih di Institusi Paul Bocuse berdekatan dengan Lyon. – AFP
    Setiap restoran dan brasseries di Jepun telah direka bentuk untuk mencerminkan kejayaan tokoh legenda itu di Perancis. – AFP

    “Seorang bapa”

    Setiap restoran dan brasseries di Jepun telah direka bentuk untuk mencerminkan kejayaan tokoh legenda itu di Perancis bersama dengan muzium menu brasseries di stadium bola sepak Lyons.

    “Muzium merupakan tempat yang istimewa, tidak ada sempadan,” kata Yuriko Narusawa, Pegawai Hubungan Awam untuk operasi restoran Paul Bocuse di Jepun.

    “Itu merupakan salah satu sebab kenapa kami mahu membuka restoran pertama di sini untuk memperkenalkan makanan Perancis, oleh itu lokasi ini memang sangat ideal untuk Paul Bocuse terus dikenali.

    Bocuse merupakan cef tunggal yang menerima pengiktirafan Michelin dengan mendapat tiga bintang selepas empat dekad. Paul sangat terkilan dengan makanan yang ‘remeh’ dan berusaha untuk mencipta makanan yang boleh menarik kembali pelanggan untuk menikmatinya kali kedua,” tambah Yuriko lagi kepada media.

    “Dia telah meninggalkan falsafah kepada kami, tentang cara dia memasak. Dia sering kali berkata mudah dan saya rasa itu membuatkan masakannya sangat baik dan berfalsafah,” kata Nakatani lagi.

    Bocuse meninggal dunia ketika berusia 91 tahun dan mengekalkan perhubungan baik bersama isteri dan juga bidang masakannya.

    “Bocuse telah melayan kesemua pekerjanya sebagai keluarganya, termasuk pembasuh pinggang mangkuk restorannya, dia adalah bulan dan juga dia adalah seorang bapa,” tambah Nakatani kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda