Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cef Matt demonstrasi masakan Malaysia

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Sebagai sebahagian daripada Festival Makanan Malaysia yang sedang berlangsung di Restoran Anjung Saujana, Royal Brunei Culinary (RBC) dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam dan Tourism Malaysia Brunei hari ini menganjurkan demonstrasi masakan.

    Cef popular Malaysia, Cef Mohamad bin Arshad atau lebih dikenali sebagai Cef Matt telah dijemput mengendalikan demo masakan di restoran itu.

    Hadir pada demonstrasi masakan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Nur Ezira binti Mahadi dan Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Brunei, Latifah binti Dato Haji Ismail.

    Cef Matt telah menunjukkan cara-cara memasak Nasi Kerabu atau Nasi Biru, Ikan Rebus untuk Sambal Kelapa dan Solok Lada serta Tumis Nasi Kerabu.

    Festival Makanan Malaysia 2022 merupakan sebahagian daripada Festival Disember Brunei yang telah dilancarkan baru-baru ini oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Cef Matt menunjuk cara-cara memasak salah satu hidangan Malaysia.
    Antara yang hadir menyaksikan demonstrasi masakan Malaysia bersama Cef Matt.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda