Gambar AFP TEHRAN – Dia sebenarnya boleh meninggalkan Iran seperti ramai rakan sebayanya yang telah berbuat demikian, tetapi cef pastri yang dilatih di Paris, Shahrzad Shokouhivand memutuskan untuk tinggal dan berusaha memperbaiki kehidupan wanita di negara tersebut. Dan yang lebih membanggakan lagi, kini dia dan suaminya mempunyai kedai yang menggaji 70 orang, kebanyakannya kaum wanita.