Friday, March 21, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cef peribadi Obama ditemui mati

    WASHINGTON, 25 JULAI – Seorang bekas tukang masak Rumah Putih ditemui mati kelmarin selepas hilang semasa bermain paddle board berhampiran rumah musim panas bekas presiden AS, Barack Obama, kata Polis Negeri Massachusetts.

    Penyelam menemui mayat Tafari Campbell, yang bekerja sebagai cef peribadi keluarga Obama, di sebuah tasik besar di pulau Martha’s Vineyard.

    Campbell, 45, sedang bermain paddle board pada Ahad apabila dia menghilang di bawah air.

    Polis menerima panggilan kecemasan ‘mengenai seorang lelaki yang sedang bermain paddle board yang telah masuk ke dalam air, kelihatan sukar untuk kekal di permukaan, dan kemudian tenggelam dan tidak muncul semula’, kata Polis Negeri Massachusetts dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Selepas pencarian hingga waktu malam, mayat itu ditemui pada keesokan harinya dan dikenal pasti pada sebelah petang. – AFP

    Campbell tersenyum pada 6 November 2008, di Padang Selatan Rumah Putih di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda