Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cef Wan kongsi keadaan terkini ibu

    Alami kegagalan fungsi hati, cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan berkongsi keadaan terkini ibunya, Noraini Abdullah.

    Sebelum ini, Cef Wan ada berkongsi ibunya menghidap menyakit kanser, dimensia dan alzheimer, bahkan dia sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan khidmat jururawat terlatih untuk menjaganya.

    Menerusi perkongsian di Instagramnya semalam, dia telah berjaya mendapatkan bilik yang pernah didudukinya ketika menjalani pembedahan lutut sebelum ini buat ibunya demi mendapatkan momen peribadi bersama.

    “Alhamdulilah akhirnya saya berjaya mendapatkan bilik suite untuk ibu saya yang saya telah berada dalam 10 hari terakhir untuk prosedur lutut saya.

    “Saya mahu ibu dan keluarga serta rakan saya mempunyai detik peribadi kami dengan ibu pada hari terakhirnya,” tulisnya.

    Cef Wan berjaya mendapatkan bilik yang pernah didudukinya dulu. – Agensi

    Dalam pada itu, Cef Wan turut berkongsi kondisi terkini ibunya yang lebih mesra disapa sebagai Che Ani berdasarkan keputusan dan pemerhatian yang dijalankan oleh pakar yang merawat, Dr Nick.

    Menurut Dr Nick, Che Ani tidak memberikan sebarang tindak balas dan berada dalam keadaan keliru disebabkan kegagalan fungsi hati.

    “Terdahulu, Dr Nick berjumpa saya pada jam 3 petang. Dia berkata, mulai pagi tadi keputusan dan pemerhatian dia tidak bertindak balas dan berada dalam keadaan keliru, ditambah dengan kandungan sodium dan kalsium yang tinggi semuanya menunjukkan bahawa badan sedang ‘shutting down’.

    “Mulai sekarang saya rasa dia ada masa beberapa hari sahaja lagi dan kami akan mula menguruskan kesakitannya. Dia akan tidur melaluinya sehingga ke penghujungnya.

    “Masa akan menentukan. Kami akan buat dia selesa untuk perjalanan terakhirnya. Perkara yang baik ialah saya perasan dia tidak kesakitan dan kelihatan sangat tenang dari pernafasannya.

    “Bagaimanapun kegagalan hati oleh pertumbuhan kanser yang besar telah membuatkan otaknya berada dalam keadaan keliru dan hilang. Kami akan memulakan pengurusan sakit paliatif secepat mungkin,” ujarnya.

    Dalam perkongsian tersebut, Cef Wan juga menyatakan dia reda untuk menerima segala kemungkinan, bahkan Dr Nick turut memuji sikapnya yang tenang dan positif sepanjang menjaga ibunya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda