Cegah daripada obesiti semasa wabak

Semenjak penularan gelombang kedua wabak COVID-19 melanda seluruh dunia dan tidak terkecuali negara kita, perkara rutin yang biasa dilakukan kini berubah sama sekali termasuklah cara bekerja, belajar dan cara kita beramah mesra, berziarah dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Sehubungan itu, penularan wabak ini juga, orang ramai diseru untuk mengurangkan berada di luar rumah dan malah penjawat-penjawat awam digalakkan bekerja di rumah serta para pelajar melakukan pembelajaran secara dalam talian di rumah masing-masing.

Justeru, kadar masalah obesiti meningkat begitu ketara semasa wabak. Hal ini kerana berlakunya kekurangan kegiatan fizikal bagi seorang individu yang secara langsung memacu kepada kegiatan hidup yang tidak sihat.

Berikutan dengan pergerakan yang terhad ini juga, sesetengah orang melakukan pengambilan pemakanan yang tidak seimbang seperti mengambil kuantiti makanan yang berlebihan dan memakan makanan segera yang mudah diperoleh di mana-mana.

Namun, adakah peningkatan berat badan itu disebabkan makanan semata-mata? Jawapannya, ya, kerana makanan tidak sihat akan menyumbang kepada masalah kesihatan termasuk obesiti.

Sebenarnya kesilapan itu bermula daripada kita sendiri, kerana kita yang perlu menentukan kesihatan kita dan ahli keluarga yang lain.

Apa yang perlu dilakukan adalah menyeimbangkan pemakanan hari-an dan menyusun jadual pemakanan dan aktiviti fizikal yang boleh membantu anda merenggangkan badan.

Jika teringin hendak memakan makanan ringan dan segera, pastikan kadar dan kuantitinya tidak berlebihan dan ingat akan kesan buruknya.

Justeru bukan saja kita cuba menghindar diri daripada jangkitan wabak, kita juga perlu menjaga tubuh badan kita daripada obesiti.

Hindari obesiti