Cegah risiko virus, Muzium Louvre ditutup

PARIS, 1 MAC – Penularan wabak COVID-19 menutup Muzium Louvre di Perancis hari ini dengan para pekerja yang menjaga tempat berkenaan berisiko terdedah dengan para pengunjung ke muzium tersebut dari seluruh dunia.

“Kami sangat bimbang kerana kami mempunyai pelawat dari mana-mana negara,” kata Andre Sacristin, seorang pekerja Louvre dan wakil kesatuan untuk kakitangannya.

“Risiko itu sangat, sangat, sangat hebat,” katanya dalam temu bual dalam telefon. Walaupun tiada jangkitan virus diketahui di kalangan 2,300 pekerja muzium itu, “ia hanya soal masa,” katanya.

Kenyataan singkat dari Louvre berkata, mesyuarat kakitangan tentang usaha pencegahan virus menutup muzium itu daripada dibuka seperti yang dijadualkan pagi tadi. Pada waktu petang hari ini, para pengunjung masih menunggu untuk masuk ke dalam. – AP