SYDNEY, 29 DIS – Celestial V70 Australia memenangi trofi keseluruhan untuk perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart hari ini, selepas lautan klasik itu dibayangi oleh kematian dua kelasi dalam cuaca buruk dan laut bergelora.
Kapten Sam Haynes dan kru kapal telah menerima Piala Tattersall yang dipersembahkan di Hobart, setelah memenangi perlumbaan secara keseluruhan meliputi saiz kapal dan faktor lain.
“Kami mempunyai keadaan yang sangat baik untuk kapal ini termasuk kru kapal yang terdiri daripada orang yang hebat,” kata Presiden Kelab Kapal Layar Australia, Haynes.
Kemenangan Haynes yang kedua selepas menang pada 2022 adalah sementara memandangkan kapal lain masih belum melengkapkan perlumbaan tetapi kedudukannya tidak dapat dipertikaikan.
Haynes berkata kemenangannya pada 2022 telah menjadi perkara yang telah mengubah hidup.
“Jadi, mendapat sokongan dan memiliki pencapaian hebat belayar bersama kru kapal saya merupakan satu pencapaian.
“Kebanyakan kru kapal dari 2022 bersama saya dan selebihnya telah belayar bersama saya dalam perlumbaan lain,” tambahnya.
Laut bergelora dan ribut telah melanda 104 kapal layar yang bertolak dari Sydney Harbour pada Boxing Day untuk perlumbaan sejauh 628 batu nautika di mana ia pertama kali diadakan pada 1945.
Setakat ini, 30 kapal layar telah menarik diri, dengan lebih daripada 60 masih berlumba di laut. – AFP