Ikon muzik antarabangsa Celine Dion mengumumkan pada Rabu bahawa dia akan membintangi komedi romantik berjudul Love again, yang akan ditayangkan di pawagam pada 2023 – di mana dia akan memegang watak sebagai dirinya sendiri.
“Jumpa awda di pawagam!”, ikon itu menulis di lama sosialnya, sambil menyatakan bahawa dia akan berlakon bersama bintang filem Bollywood dari India, Priyanka Chopra Jonas dan Sam Heughan dari Scotland, yang terkenal dengan drama bersiri, Outlander.
Dion juga berkata dia akan mendedahkan lagu-lagu baharu untuk filem terbitan Sony itu, yang akan ditayangkan di pawagam pada 12 Mei. Filem arahan Jim Strouse (‘The Incredible Jessica James’) itu mengisahkan tentang seorang wanita muda yang terus–menerus menghantar mesej kepada tunangnya walaupun selepas kematiannya. Kisah romantik tercipta dengan pemilik baharu nombor telefon itu, seorang wartawan, yang profilnya mesti ditulis. – AFP
