Thursday, February 13, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celine Dion bakal muncul pembukaan Olimpik walaupun sakit

    Penyanyi Celine Dion dilaporkan bakal mengadakan persembahan istimewa di majlis pembukaan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

    Ia adalah kemunculan pertama penyanyi berusia 56 tahun itu selepas dua tahun mendedahkan dia menderita penyakit sindrom orang kaku atau stiff person syndrome.

    TMZ melaporkan Celine menerima bayaran sebanyak AS$2 juta bagi mengadakan persembahan dan sudah pun tidak di Paris, Perancis sejak Isnin lalu untuk melakukan persediaan. Bagaimanapun masih tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berhubung perkara itu walaupun Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberitahu teruja menantikan persembahan Celine.

    Sebelum ini, Celine pernah meluahkan rasa rindu untuk beraksi kembali di pentas hiburan walaupun simptom penyakit yang dihadapi dilaporkan tidak mungkin dapat dikawal.

    Kata Celine, tidak mudah baginya untuk melawan penyakit autoimun ini namun percaya dia mampu untuk membuat persembahan nyanyian semula.

    “Saya cuba untuk mengatasi gangguan autoimun ini dan ia merupakan satu pengalaman paling sukar dalam hidup saya. Saya tetap berazam satu hari nanti akan kembali semula ke pentas dan menjalani hidup seperti biasa,” katanya.

    Celine bakal membuat persembahan di majlis pembukaan Olimpik Paris 2024. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda