Selain Celine Dion, dua selebriti lain, Pharrel Williams dan Chad Hugo dari The Neptunes adalah antara yang akan menerima ijazah pada tahun ini.
Celine Dion bakal menjadi salah seorang selebriti yang mendapat gelaran ijazah Doktor Muzik kehormat dari Berklee College’s School of Music pada tahun ini. Melalui laman Twitternya, Celine Dion meluahkan rasa rendah dirinya menerima gelaran doktor Muzik kehormat.
“Saya merasa terhormat dan rendah diri menerima gelaran doktor kehormat dari @BerkleeCollege,” katanya.
Antara penghormatan yang akan menerima ijazah Doktor Muzik pada tahun ini adalah saksofonis Donald Harrison, Chad Hugo dari The Neptunes, Pharrel Williams, bintang broadway Chita Rivera dan pemain piano Andre Watts.
Berklee College pada sebelum ini pernah memberikan ijazah kehormat kepada pemuzik lagenda termasuklah Aretha Franklin, Missy Elliott, Rita Moreno, Justin Timberlake, dan John Legend. – Agensi
