Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celine Dion didesak saman Donald Trump guna lagu tanpa izin

    Penyanyi Celine Dion didesak untuk memfailkan saman terhadap Donald Trump kerana menggunakan lagu nyanyiannya iaitu My Heart Will Go On sewaktu kempen pilihan raya di Montana, Amerika Syarikat.

    Menurut Celine, pihak pengurusan dan syarikat rakamannya iaitu Sony Music sedar mengenai penggunaan lagu tanpa izin yang diputarkan sewaktu kempen Donalad dilancarkan. Kata Celine, dia tidak membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan lagu nyanyiannya tanpa izin.

    “Pihak pengurusan dan syarikat rakaman Sony Music Canada menyedari penggunaan video, rakaman dan persembahan muzik lagu My Heart Will Go On digunakan Donald Trump kempen pilihan raya di Montana tanpa izin.

    “Saya tidak menyokong mana-mana penggunaan lagu nyanyian saya yang digunakan tanpa kebenaran,” katanya. Celine berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, rata-rata peminat menggesa penyanyi berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap ahli politik Amerika Syarikat itu.

    “Turunkan dia (Trump), Celine! Saman dia kerana menggunakan lagu tanpa izin;Terima kasih kerana sudah menegakkan kebenaran dan bersuara tentang perkara ini,” tulis warganet.

    Sebelum ini, beberapa penyanyi meluahkan rasa tidak seang kepada Trump kerana menggunakan lagu mereka pada perhimpunan pilihanraya.

    Pada 2018, vokalis kumpulan Aerosmith iaitu Steven Tyler menghantar surat kepada Trump dan mengarahkannya untuk berhenti memainkan lagu kumpulan mereka pada perhimpunan politik di Virginia Barat, Amerika Syarikat.

    Manakala penyanyi Rihanna juga pernah menulis surat meminta Trump untuk tidak menggunakan lagunya, Don’t Stop The Music yang dimainkan di sebuah acara di Chattanooga, Tennessee. – Agensi

    Warganet desak Celine untuk memfailkan saman terhadap Trump (kiri). – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda