MADRID, 1 Mei – Celta vigo telah dikalahkan buat kali kelima dalam enam perlawanan La Liga, tewas 3-0 di gelanggang sendiri kepada Athletic Bilbao awal pagi tadi, dengan pasukan itu terganggu dengan persaingan separuh akhir pertama Liga Europa menentang Manchester United minggu ini.
Eduardo Berizzo membuat sembilan perubahan daripada pasukan yang memulakan perlawanan dalam kekalahan 2-1 di Sevilla dan Athletic kelihatan lebih berazam kuat untuk meraih mata dalam usaha mereka melayakkan diri ke Liga Europa musim depan.
Raul Farcia menjaringkan gol di setiap separuh masa sebelum Mikel Rico melengkapkan kemenangan tiga mata penting itu bagi pasukan pelawat untuk melonjakkan mereka memintas Real Sociedad ke tangga keenam.
Dalam perkembangan lain, Leganes gagal membuat langkah penting untuk menjamin keselamatan mereka apabila tewas 2-0 di Eibar.
Alaves bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membelasah Real Betis 4-1.
Dan Deportivo la Coruna mendapat kelebihan lapan mata di atas zon penyingkiran dengan hanya baki tiga perlawanan, terima kasih kepada seri 2-2 menentang Osasuna, yang sudah tersingkir. – AFP