GLASGOW, 30 April – Celtic menjaringkan lima gol di Ibrox buat kali pertama ketika mereka mencatatkan kemenangan dengan membenam Rangers 5-1 dalam perlawanan akhir Old Firm musim ini.
Scott Sinclair menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit keenam sebelum ledakan kencang Leigh Griffith menggandakan pendahuluan pada separuh masa pertama.
Callum McGregor menambah gol ketiga sejurus selepas rehat dengan Dedryck Boyata menjaringkan gol keempat menerusi tandukan.
Kenny Miller menjaringkan satu gol sebelum Mikel Lustig menukar kedudukan menjadi 5-1 untuk menyamai kemenangan terbesar mereka di Ibrox, kemenangan 4-0 pada 1897.
Ia adalah kemenangan Celtic kelima dalam enam pertemuan pasukan Old Firm musim ini dan menyaksikan pasukan tangga ketiga, Rangers mengekori pasukan juara itu dengan 36 mata.
Pengurus pasukan Celtic, Brendan Rodgers berkata pemainnya begitu bersemangat dalam kemenangan kedua mereka ke atas pesaing itu dalam tempoh enam hari.
“Ia adalah kemenangan menyeluruh. Satu –satunya kekecewaan adalah kami seharusnya menjaringkan lebih banyak gol,” kata Rodgers.
Pengurus pasukan Rangers, Pedro Caixinha berkata tanggungjawab bagi kekalahan tersebut diletakkan ke atasnya. – AFP