Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Celtics benam Grizzlies

    LOS ANGELES, 13 FEB – Rentak permainan para pemain Boston Celtics terlalu hebat untuk Memphis kelmarin dalam kemenangan NBA 119-109 ke atas pendahulu Eastern Conference, Grizzlies.

    Celtics melakukan 21 jaringan tiga mata dan menyingkirkan Grizzlies 54-34 dari kemenangan keempat berturut-turut.

    Bintang penyerang, Jayson Tatum menjaringkan 16 mata daripada 3 jaringan dari 16 percubaan.

    Tambahan lagi, lapan pemain Celtics berjaya mencetak mata ketika Boston sekali lagi bangkit walaupun ketiadaan Jaylen Brown, yang direhatkan kerana keretakkan tulang muka selepas perlanggaran dengan Tatum.

    Brown berkata sebelum perlawanan tersebut dia berasa lebih baik dan semakin pulih hari demi hari.

    Reaksi Jayson Tatum #0 semasa pemanasan badan sebelum perlawanan menentang Memphis Grizzlies di TD Garden di Boston, Massachusetts. – AFP

    Dalam pada itu, Marcus Smart juga terlepas perlawanan ke-10 berturut-turut, dan Malcolm Brogdon diketepikan kerana sakit tendon Achilles.

    Derrick White yang mengganti posisi Brown, mendahului Celtics dengan 23 mata.

    Jurulatih Celtics, Joe Mazzulla menghargai para pemain atas permainan yang meningkat di tengah-tengah kecederaan untuk memastikan Boston 1 1/2 perlawanan di hadapan Milwaukee Bucks.

    The Grizzlies, yang mendahului 25 mata daripada Ja Morant, mengurangkan defisit 13 mata pada separuh masa pertama kepada satu mata menjelang suku keempat.

    Tetapi Boston terbukti terlalu kuat apabila mereka mengatasi Grizzlies 37-28 dalam pusingan terakhir.

    Veteran Al Horford merembat tiga mata pada masa yang sukar untuk membantu Celtics melakar kemenangan.

    Di Toronto, Fred VanVleet menja-ringkan 35 mata untuk mengetuai tuan rumah Raptors meraih kemenangan 119-118 ke atas Detroit Pistons.

    Pascal Siakam menambah 22 daripada 28 matanya pada separuh masa kedua untuk Raptors, yang membina pendahuluan awal yang berjaya menahan pukulan lewat daripada Pistons.

    Toronto mendahului sebanyak 14 mata ke atas Detroit 13-5 pada 1:21 terakhir dibuat untuk margin akhir yang rapat. Bojan Bogdanovic menjaringkan 33 mata dan Alec Burks menambah 21 daripada bangku simpanan, tetapi Pistons tidak dapat meneruskan kemenangan dua kali lebih masa ke atas San Antonio Spurs pada hari Jumaat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...