Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Celtics berjaya tewaskan Magic

    LOS ANGELES, 3 JAN – Jaylen Brown menjaringkan 50 mata tertinggi dalam kerjayanya dan Boston Celtics memerlukan segala-galanya dalam kemenangan lebih masa NBA 116-111 ke atas Orlando Magic kelmarin.

    Brown telah menjaringkan 21 mata pada suku keempat perlawanan, membantu Celtics mengumpul mata dari 14 bawah dengan baki 4:20 minit pada papan.

    Dia memulakan perlawanan lebih masa dengan jaringan three-point kelimanya sekali gus menambah 11 rebound, empat assist dan satu jaringan terhalang.

    “Saya hanya cuba untuk menjadi agresif sepanjang masa,” kata Brown, yang sebelum ini kerjaya tertingginya adalah 46 ketika menentang New York Knicks pada 20 Oktober. “Rakan sepasukan saya menggalakkan saya untuk menjaringkan. Saya rasa saya kelihatan agak baik. dan mereka kalah malam ini.”

    Layup Brown dengan baki masa 38 saat di papan yang menunjukkan skor mata 98-98.

    Dia menjaringkan satu mata lagi yang mendorong Boston mendahului dengan 100-98 pada 30 saat terakhir, tetapi Tim Frazier menyumbang mata untuk Orlando memaksa kepada masa tambahan.

    Boston telah memimpin 45-42 pada separuh masa selepas mendahului sebanyak 14 mata sebelum masa rehat.

    Tetapi pasukan The Magic bangkit pada separuh masa kedua, meninggalkan Boston ketinggalan 35-20 pada suku ketiga perlawanan yang membawa kepada 77-65 mendahului untuk mara ke pusingan akhir. – AFP

    Aksi Jaylen Brown menjaringkan bola sambil dikawal pemain Orlando Magic, Wendell Carter Jr. semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA, di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...