Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtics ketepikan Lakers

    LOS ANGELES, 14 DIS – Jayson Tatum dan pendahulu NBA, Boston Celtics kelmarin menghalang kemaraan Los Angeles Lakers dengan menang 122-118 pada masa tambahan sekali gus menamatkan rekod kekalahan dua perlawanan berturut-turut mereka.

    Celtics bangkit kembali daripada kekalahan kepada Golden State Warriors di San Francisco dan Clippers di Los Angeles, namun mereka memerlukan semua tenaga dan kekuatan yang ada untuk mengelak daripada menambah kekalahan ketiga berturut-turut mereka pada musim ini.

    “Ya Tuhan, permainan terakhir dalam perjalanan, kami telah mengadakan kunjungan selama 13 hari, malam kedua berturut-turut,” kata Tatum.

    “Kami perlukan kemenangan itu,” ujar Tatum, yang menyumbangkan 44 mata termasuk pengikat perlawanan yang telah membawa permainan ke masa tambahan. “Kami telah menemui cara untuk kembali menang.”

    Jaylen Brown menambah 25 mata dan 15 rebounds, diikuti Marcus Smart sebanyak 18 mata untuk Celtics, yang kelihatan akan menang semasa mereka mendahului dengan 20 mata selepas cubaan Tatum dengan baki 6:57 saat pada suku ketiga.

    Namun Lakers, dengan 37 mata daripada Anthony Davis dan 33 daripada James, melancarkan serangan, sekali gus meletakkan Los Angeles sebagai pendahulu sebanyak empat mata dengan baki 8:55 saat pada suku keempat.

    Lakers melebarkan jurang mereka kepada 13 mata sebelum Celtics sempat memberikan tentangan.

    Pada masa tambahan, Celtics menjaringkan empat kali berturut-turut untuk merampas kembali kedudukan sebagai pendahulu sehingga tamat perlawanan.

    “Kemenangan yang penuh bermakna,” kata Tatum, yang telah membaiki rekod liga terbaik Boston kepada 22-7. – AFP

    Aksi Tatum semasa bersaing dengan pemain Los Angeles Lakers, Russell Westbrook pada masa tambahan dalam perlawanan bola keranjang di Los Angeles, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda