Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtics terus unggul

    MIAMI, 30 DIS – Jayson Tatum dan Jaylen Brown masing-masing menjaringkan 29 mata setelah pendahulu Eastern Conference, Boston Celtics menewaskan Los Angeles Clippers 116-110 dalam perlawanan NBA kelmarin.

    Celtics (25-10) menamatkan tujuh permainan mereka di laman sendiri, yang bermula dengan tiga kekalahan, dengan empat kemenangan berturut-turut.

    Brown membawa Celtics mengatasi Clippers (21-15) dua kali dalam perlawanan dengan deretan tujuh mata jaringan.

    Semasa Boston mendahului sebanyak tiga mata dengan berbaki 33 saat, Derrick White (gambar – AP) beraksi cemerlang dengan menafikan cubaan Paul George dan Celtics mengawal permainan sejak itu.

    “Ia merupakan permulaan yang sukar pada awalnya, namun kami bangkit kembali dan sekarang kami telah mengatasi empat perlawanan yang sukar dan kami perlu mencari jalan untuk menang,” kata White, yang merujuk kepada aksi di laman sendiri dan perlawanan akan datang bertemu Denver Nuggets.

    Kawhi Leonard menyumbangkan Clippers dengan 26 mata dan lapan rebound, manakala Paul George menambah 24 mata. – AFP

    Aksi Paul George (kiri), yang dihalang oleh Derrick White (kanan), dan Jaylen Brown semasa perlawanan bola keranjang di Boston, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda