Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtics tumbangkan Pelicans

    WASHINGTON, 31 MAC – Jayson Tatum menjaringkan 23 mata untuk memimpin serangan Boston kemenangan 104-92 di New Orleans kelmarin, mengakhiri kekalahan rentetan dua perlawanan bagi Celtics.

    Penyerang Latvia, Kristaps Porzingis menyumbang 19 mata, 10 rebound, empat sekatan, tiga assist dan dua steals manakala Jaylen Brown menambah 17 mata untuk Celtics.

    Jrue Holiday menncatat 13 mata, lapan rebound dan tujuh assist untuk Boston, yang mengelak tiga kekalahan perlawanan pertama musim ini selepas dua kekalahan berturut-turut di Atlanta.

    “Kami mahu menjadi pasukan yang dahagakan kemenangan tidak kira apa pun,” kata Porzingis. “Kami belum melakukan apa-apa dan kekalahan berturut-turut kepada Atlanta tiada dalam DNA kami. Ia tidak diterima kami, jadi kami keluar ke sini malam ini dan mendapat kemenangan.”

    Celtics, yang telah meraih kejuaraan Eastern Conference, meningkatkan rekod kepada 58-16, hampir-hampir memperoleh kemenangan sepanjang playoff NBA.

    New Orleans, di kedudukan kelima dalam Western Conference, merosot kepada 45-29, separuh perlawanan di depan Dallas dan dua perlawanan di atas kedudukan Phoenix dalam persaingan menempah dua slot playoff terakhir Western Conference.

    “Kami hanya tahu kami tidak boleh berada dalam keadaan selesa,” kata Porzingis. “Pasukan-pasukan ini dahagakan kemenangan. Mereka memerlukan kemenangan ini. Mungkin kami pada ketika musim ini tidak begitu memerlukan mereka, tetapi kami masih mahu keluar ke sini dan bersaing di peringkat tinggi setiap malam.”

    Porzingis tidak berpuas hati dengan hanya menjaringkan enam daripada 14 dari gelanggang dan hanya satu daripada enam dari jarak tiga mata namun berpuas hati dengan usaha keseluruhannya. – AFP

    Jayson Tatum beraksi semasa suku kedua perlawanan NBA di Smoothie King Center. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda