Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Celtics tumpaskan Lakers, jejas kepulangan James

    LOS ANGELES, 21 NOV – Pemain bintang Los Angeles, LeBron James menjaringkan 23 mata dalam kepulangannya selepas kecederaan lapan perlawanan tetapi Boston Celtics merosakkan sambutan Lakers sempena kepulangannya dengan kemenangan dominan 130-108.

    James membuat 10 daripada 16 percubaan, termasuk tiga daripada tujuh daripada jarak tiga mata. Dia meraih enam rebound dan memberikan dua assist dalam permainan pertamanya sejak mengalami kecederaan bahagian perut dalam kemenangan ke atas Houston Rockets pada 2 November.

    James menggunakan percubaan lompatannya, jarang memecahkan pertahanan Boston. Dia hanya melakukan satu percubaan balingan percuma dan terlepasnya, hanya kali ke-23 dalam 1,317 pertandingan kerjaya yang dia gagal melakukan jaringan dalam permainan.

    Celtics pula menamatkan saingan dengan 56 mata. Mereka ketinggalan 14 mata awal, tetapi mengatasi Lakers 33-21 pada suku ketiga untuk mendahului 11 mata ke pusingan akhir.

    Suku keempat juga milik Boston, yang mendahului Lakers 37-26 dalam tempoh terakhir ketika mereka melakar kemenangan.

    “Mereka meningkatkannya dan kami tidak melakukan hal yang sama,” kata pemain pertahanan Lakers, Russel Westbrook, yang menjaringkan 12 mata.

    Jayston Tatum dari Boston mendahului semua penjaring dengan 37 mata dan meraih 11 rebound.

    Marcus Smart menambah 22 mata dan bekas pemain Lakers, Dennis Schroder menambah 21 mata.

    Anthony Davis mendahulukan Lakers dengan 31 mata. Dia berkata dia fikir James ‘kelihatan seperti diri lamanya’ tetapi berkata pasukan itu perlu membuat penyesuaian selepas bermain tanpanya selama dua minggu. – AFP

    Reaksi pemain Los Angeles Lakers, LeBron James selepas tewas dalam perlawanan menentang Boston Celtics kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda