Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    CEO General Electric letak jawatan, Flannery ambil alih

    NEW YORK, 12 Jun – General Electric berkata Jeff Immelt meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara John Flannery, presiden dan CEO unit penjagaan kesihatan konglo-merat itu akan mengambil alih jawatan tersebut pada Ogos.

    Immelt berusia 61 tahun akan kekal sebagai pengerusi sehingga tarikh persaraannya dari jawatan itu pada hujung tahun ini, dengan Flannery berusia 55 tahun akan menjawat jawatan tersebut selepas itu.

    Immelt sudah menerajui konglomerat itu selama 16 tahun, menyelia transformasi yang termasuk menjual kebanyakan unit syarikat. Sepanjang waktu itu, General Electric menjual insuransnya, kad kredit, plastik dan bahagian sekuriti.

    Ia juga banyak melabur dalam teknologi baru, termasuk pemilikan LM Wind Power AS$1.65 bilion, sebuah pengilang bilah rotor bagi turbin angin yang berpangkalan di Belanda.

    Flannery merupakan eksekutif lama General Electric, memulakan kariernya di GE Capital pada tahun 1987. Dia menjadi presiden dan CEO unit ekuiti syarikat pada 2002 dan akhirnya menyertai unit penjagaan kesihatan pada 2014, menumpu pada teknologi canggih. – AP

    Gambar fail bertarikh 8 Mei 2017 menunjukkan Jeff Immelt semasa satu majlis di ibu pejabat baru GE di Boston. – AP
    Gambar fail bertarikh 8 Mei 2017 menunjukkan Jeff Immelt semasa satu majlis di ibu pejabat baru GE di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda