Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah agama semarakkan malam perayaan

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 21 Julai – Bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait telah mengendalikan ceramah agama di Pentas Perayaan kawasan Tudung Saji, di sini, semalam.

    Ceramah agama bertajuk ‘Pimpinan Agung’ itu telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Juferi bin Haji Hidop dan dipengerusikan oleh Haji Noor Azhar bin Haji Harith dari Jabatan Pengajian Islam Daerah Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu dan isteri.

    Ketika ceramah itu berlangsung.
    Ketika ceramah itu berlangsung.

    Acara-acara malam sempena perayaan bagi Daerah Belait telah bermula pada 16 Julai lalu, diisikan dengan pelbagai persembahan bercorak kebudayaan dan keagamaan, antaranya termasuk persembahan kugiran lagu-lagu 60an dan 90an, persembahan Malam Puak dan Kaum Etnik Daerah Belait, malam aneka budaya, pertandingan pakaian Muslimah kanak-kanak lelaki dan perempuan, persembahan daripada sekolah-sekolah, pertandingan lagu-lagu dakwah dan sebagainya.

    Di samping menyediakan pelbagai acara persembahan, jawatankuasa perayaan juga turut menyediakan gerai-gerai jualan untuk para pengunjung, seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda