BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Institut KEMUDA baru-baru ini menganjurkan satu ceramah khas mengenai kewangan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengurus kewangan, menyimpan wang, melabur dengan bijak, dan memahami kesan inflasi.
Ceramah disampaikan oleh Michael Chew Yew Chung dari AIA, di mana beliau berkongsi panduan praktikal dan pengetahuan berguna bagi membantu pelajar merancang masa depan kewangan mereka. Pelajar turut menunjukkan minat yang tinggi dan mengambil peluang bertanya soalan sepanjang sesi berlangsung.
Acara tersebut turut dibantu oleh beberapa individu yang memainkan peranan penting dalam kelancarannya. Penghargaan khas diberikan kepada Awang Hairulshahrizan Mohd Saini, Awang Muhammad Faris bin Kamal dan Jerry Giam Heng Lee atas bantuan mereka dalam menjayakan program ini.
Institut KEMUDA mengucapkan terima kasih kepada AIA dan Michael Chew atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Institut akan terus menganjurkan program-program seperti ini untuk membantu pelajar membina masa depan yang lebih baik.