Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah bina hubungan halal di dunia digital

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Seramai 100 peserta menghadiri ceramah bertajuk Fiqh Ikhtilat: Halal Vibes Only – Navigating Man-Woman Interactions anjuran Belia Masjid Ash-Shaliheen dengan kerjasama Takmir Masjid Ash-Shaliheen, yang diadakan di masjid berkenaan, baru-baru ini.

    Ceramah disampaikan oleh Penolong Profesor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Hajah Ummi Faizah binti Haji Abdul Rahman yang membincangkan cara-cara berinteraksi antara lelaki dan wanita secara halal dalam medium digital.

    Peserta didedahkan kepada prinsip fiqh ikhtilat, batasan syarak, serta etika berinteraksi secara sopan bagi membina suasana sosial yang selamat dan harmoni. Ceramah turut menekankan bahawa interaksi antara lelaki dan wanita dibenarkan dalam Islam selagi dijalankan dengan cara yang positif dan produktif, berlandaskan syariat, adab serta nilai saling menghormati.

    Dr Hajah Ummi Faizah semasa menyampaikan ceramah yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN BELIA MASJID ASH-SHALIHEEN DAN TAKMIR MASJID ASH-SHALIHEEN
    Para peserta ketika mendengarkan ceramah tersebut. – GAMBAR SERAHAN KUMPULAN BELIA MASJID ASH-SHALIHEEN DAN TAKMIR MASJID ASH-SHALIHEEN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda