Oleh Nurdiyanah R. – BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Sebagai sebahagian daripada komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kesejahteraan pekerja, Bank Baiduri menganjurkan ceramah kesihatan tentang kepentingan penjagaan mata. Acara yang diadakan di Ruang Komuniti Baiduri di ibu pejabat bank berkenaan, hari ini, adalah sebahagian daripada Inisiatif Kesejahteraan Pekerja (EWI) yang menggariskan etos bank

