Saturday, February 1, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah khas tekan kepentingan bulan Syaaban, ibadah solat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), telah menganjurkan ceramah khas bersempena memperingati sambutan Israk dan Mikraj di Berakas.

    Menurut kenyataan Perbadanan TAIB, hadir pada majlis tersebut ialah pihak pengurusan, pegawai-pegawai serta kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya.

    Ceramah khas bertemakan Sembahyang Mencerdaskan Minda telah disampaikan oleh Ketua Urus Setia Program Keagamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Isham bin Ismail.

    Ceramah tersebut menekankan kepentingan bulan Syaaban dan memperingati peristiwa agung Israk Mikraj yang menjadi simbolik kepada keistimewaan ibadah solat lima waktu serta mengingatkan para hadirin tentang mukjizat perjalanan Nabi Muhammad SAW serta kepentingan solat dalam membentuk ketakwaan dan kesejahteraan rohani.

    Penganjuran majlis tahunan ini mencerminkan usaha berterusan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya dalam memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam organisasi serta mengeratkan ukhuwah.

    Pihak pengurusan dan warga Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya mendengar ceramah khas sempena Israk Mikraj. – GAMBAR SERAHAN TAIB
    GAMBAR SERAHAN TAIB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda