Sunday, October 6, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah motivasi persiapkan pelajar hadapi PSR

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Sebagai persiapan awal bagi para pelajar dalam menghadapi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) minggu hadapan, Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah kelmarin telah mengadakan Ceramah Motivasi dan Sembahyang Sunat Hajat di surau sekolah berkenaan.

    Program berkenaan diharap dapat mempersiapkan para pelajar agar lebih giat berusaha, yakin dan beriltizam kuat demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut, di samping terus bertawakal kepada Allah SWT selain menyuntik semangat dan dorongan motivasi kepada para pelajar.

    Program tersebut dimulakan dengan ceramah motivasi bertajuk Baik Tu Mulah Ninimu Atu yang disampaikan oleh fasilitator undangan, Cikgu Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Ketua Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan.

    Program diselajurkan dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Hazwan bin Haji Salim.

    Antara yang hadir ialah Pemangku Pengetua, Dayang Hajah Surinah binti Haji Kula, Timbalan Pengetua Akademik Rendah dan Menengah, guru-guru, serta ibu bapa pelajar-pelajar.

    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda