Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah motivasi PSR tingkat keyakinan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Bagi memberikan motivasi dan semangat kepada murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang akan datang, Sekolah Bakti Dewa telah mengadakan Ceramah Motivasi PSR yang berlangsung di Sekolah Bakti Dewa, Jerudong, hari ini.

    Program itu merupakan salah satu inisiatif sekolah berkenaan untuk meningkatkan lagi keyakinan para murid yang bakal menduduki peperiksaan PSR nanti.

    Melalui ceramah itu, murid-murid berpeluang untuk mempelajari pelbagai petua belajar dan persediaan secara fizikal serta mental dalam menghadapi peperiksaan berkenaan. Ceramah itu dihadiri oleh seramai 18 orang murid Tahun 6 Sekolah Bakti Dewa iaitu 14 orang murid dari cawangan Jerudong dan empat orang murid dari cawangan Berakas serta ibu bapa dan guru-guru Tahun 6.

    Ceramah motivasi tersebut disampaikan oleh penceramah motivasi undangan iaitu Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, yang memberikan nasihat serta petua kepada para murid dan juga ibu bapa dalam persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan PSR yang akan diadakan.

    Ia merupakan ceramah motivasi kedua yang diadakan bagi murid-murid dan ibu bapa mereka yang akan menduduki peperiksaan PSR pada tahun ini dengan ceramah pertama diadakan pada awal 2020. Ceramah itu merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memberikan peluang untuk para murid mempersiapkan diri bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga petua pengurusan masa dan persiapan mental bagi menghadapi peperiksaan PSR pada November nanti.

    Haji Ali Yusri ketika menyampaikan nasihat kepada para murid, ibu bapa dan guru-guru semasa Ceramah Motivasi PSR yang berlangsung di Sekolah Bakti Dewa Jerudong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda