Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah perjelaskan ilmu pembahagian faraid

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mentiri telah mengadakan satu sesi ceramah undang-undang yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Kampung Mentiri kelmarin.

    Ceramah bertajuk Pembahagian Harta Pusaka: Hibah, Wasiat dan Faraid disampaikan oleh Peguam, Awang Mohd Yusof bin Halim yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) sejak 2018 hingga sekarang.

    Pembahagian faraid merupakan salah satu daripada ilmu yang perlu untuk diketahui oleh setiap orang Islam.

    Ini kerana banyak isu yang timbul melibatkan pembahagian harta pusaka dan disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai pembahagian faraid yang akhirnya menimbulkan pergaduhan dan perpecahan di antara ahli keluarga.

    Ceramah tersebut turut hadiri oleh ahli-ahli MPK dari semua kawasan di RPN Panchor, Mukim Mentiri.

    Atas & Bawah: Antara yang menghadiri ceramah berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda