Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah semarak Sambutan Israk dan Mikraj

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bagi tahun 1445H/2024M yang dikelolakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi itu ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), ketua-ketua jabatan, ketua eksekutif serta pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas, Haji Mohd Zahid bin Haji Mohd Zain.

    Majlis seterusnya diserikan dengan ceramah khas bertajuk Keberkatan dan Pengajaran dalam Kehidupan yang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Bahagian Kaunseling di Kementerian Pendidikan, Haji Sammali bin Haji Adam.

    Selain daripada menyemarakkan peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW, majlis juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    Haji Sammali semasa menyampaikan ceramah. – GAMBAR SERAHAN MTIC
    Haji Hairul Mohd Daud dan antara tetamu yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MTIC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda