Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah sempena sambutan Israk Mikraj

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 16 FEB – Dalam memeriahkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj yang bakal menjelang, di samping membimbing para mualaf dalam meraikan majlis tersebut, Unit Dakwah Daerah Belait telah mengadakan ceramah sebagai sebahagian daripada aktiviti keagamaan tahunan mereka, pagi tadi.

    Dijalankan di Dewan Unit Dakwah Daerah Belait yang terletak di Jalan Maulana, majlis tersebut dihadiri oleh saudara-saudara baharu serta ahli Persatuan Sinar Islam.

    Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Dakwah, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup.

    Pemangku Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Awang Muhammad Nur Aisamuddin bin Muhammad Hanafi dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan ceramah tersebut dalam membantu memberi penerangan tentang sambutan Israk dan Mikraj khususnya dalam kalangan saudara baharu yang baru sahaja memeluk agama Islam kerana ramai di antara mereka meraikannya buat pertama kali.

    Mengetuai ceramah yang dijalankan ialah Penolong Pegawai Kemajuan Agama di Pusat Dakwah Islamiah, Awang Muhammad Fuad bin Matahair yang menyentuh mengenai tajuk ‘Israk dan Mikraj: Momentum Tingkatan Iman di Era Moden’.

    Majlis kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat bagi pihak Awang Muhammad Nur Aisamuddin.

    Antara saudara-saudara baharu yang hadir dalam majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda