Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ceramah tingkat kefahaman gejala mental

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, kelmarin, berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2024 sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 Tahun.
     
    Berangkat sama ke majlis yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
     
    Keberangkatan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dijunjung oleh pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2024, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji  Nazmi bin Haji Mohamad; dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta isteri-isteri pengerusi bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2024.
     
    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengetua Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Hajah Azizah binti Haji Mohammad. 
     
    Kemudian acara diteruskan dengan sembah alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang antara lain menyentuh mengenai tema sambutan Menangani Gejala Mental yang akan mengukuhkan lagi pelaksanaan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Brunei Darussalam Mental 2022-2025 dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan ke-3 (SDG3) iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan Baik di peringkat global. Beliau menyembahkan pentingnya kefahaman dan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai gejala mental untuk membantu sesebuah negara dalam menangani dan mengekang gejala mental daripada berleluasa.
     
    “Kesedaran dan penjagaan kesejahteraan mental adalah perlu untuk membolehkan individu menjalani kehidupan seharian yang seimbang, walau apa jua cabaran yang dihadapi,” ujarnya.  Penguasaan ilmu, termasuk ilmu kerohanian, jelasnya, boleh memperkasa mental agar ianya ‘kalis pengaruh’ daripada kesan negatif serta risiko penyakit mental. 
     
    Acara diteruskan dengan sesi ceramah perdana bertajuk Pentingnya Kesedaran: Mengutamakan Kesihatan Mental dalam Dunia Moden disampaikan oleh penceramah undangan, Muhammad Tarmizi bin Abdul Wahid.
     
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah kemudian berkenan berangkat bagi menandatangani lembaran kenangan dan menerima pesambah. Sebelum berangkat balik meninggalkan majlis, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan Pameran Majlis Ilmu 2024 dan bergambar ramai bersama ahli Jawatankuasa Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2024.
     
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar ramai bersama ahli Jawatankuasa Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2024. Turut berangkat YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2024 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Turut berangkat YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan pameran pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah menyampaikan sembah alu-aluan pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda